Syarikat kami


Siapa kami

Siapa kami

FM Group beroperasi dalam industri FMCG di bawah naungan Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM). Misi FM GROUP adalah untuk menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang menarik secara terus kepada pengguna. 

FM GROUP Poland telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Wrocław, Poland oleh Encik Artur Trawiński. Disebabkan oleh pertumbuhan yang dinamik, sebuah syarikat baru - FM GROUP World telah ditubuhkan pada tahun 2007 untuk mengembangkan jenama ini di luar negara. Kini, produk FM GROUP dikenali di enam benua dengan jumlah Rakan Niaga mencecah angka 600,000 orang. Dengan menggunakan konsep perniagaan yang unik - pemasaran berangkai, yang juga dikenali sebagai Jualan Langsung – ia telah membuka peluang kepada perniagaan kecil-kecilan; serta menyediakan latihan dan memberi sokongan kepada Rakan-rakan Niaga. 

 

Barisan utama produk FM GROUP termasuklah jenama wangian FEDERICO MAHORA yang berkualiti tinggi, dibuat dengan kerjasama Perfand dan Drom Fragrances. 

FEDERICO MAHORA menawarkan pelbagai jenis produk kosmetik dengan pewangi (losyen badan, gel mandian, aftershave, krim tangan, minyak wangi rambut) serta minyak wangi mewah Parfum, Eau de Parfum, serta produk memanjakan kulit seperti SKIN LAB dan SPA SENSES. 

FM MAKE UP adalah jenama alat solek yang berkualiti tinggi, kaya dengan mineral, ekstrak tumbuhan dan minyak, yang menyediakan perlindungan kepada kulit secara semula jadi. Ia menawarkan pelbagai pilihan warna menarik untuk melengkapkan gaya solekan siang dan malam. Produk solekan ini juga direka untuk pelbagai jenis warna kulit. 

FM GROUP FOR HOME merangkumi produk-produk berkualiti tinggi, yang direka untuk penjagaan rumah anda. Produk terbaru kami juga direka untuk penjagaan haiwan peliharaan dan kereta. 

AURILE adalah jenama kopi asli berperisa yang dapat memenuhi jangkaan walau penggemar kopi yang cerewet sekalipun. Formula inovatif kopi ini adalah sesuatu yang baru di pasaran Poland. Setiap pembelian dilengkapi dengan aksesori barista mewah dan juga set tembikar yang elegan. 

FM MOBILE adalah pengendali rangkaian mudah alih secara maya yang dicipta khusus untuk rakan-rakan FM, menawarkan perkhidmatan telefon berkualiti tinggi dan akses Internet mudah alih pada harga yang kompetitif. 

GOLDEN TULIP adalah yayasan yang ditubuhkan oleh FM GROUP pada tahun 2009 dengan tujuan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di tempat-tempat yang sukar mendapat bantuan.